Sempena kehadiran TIM JT ke Pesta Buku Pantai Timur yang sedang berlangsung dari 23 September sehingga 1 Oktober, kami berhasrat untuk meneruskan DANA 1 BUKU 1 MURID kepada para pelajar yang hadir ke pesta buku ini namun kurang berkemampuan untuk mendapatkan buku-buku terbaik pilihan mereka.
Selain daripada memberikan dana buku secara langsung kepada anak-anak ini, pihak JT juga akan menyalurkan buku-buku ini kepada perpustakaan beberapa sekolah terpilih di Kota Bahru.
Antara stok buku-buku yang kami bawa lebih untuk disalurkan kepada para pelajar di Kelantan.
Sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, reruai Jejak Tarbiah sentiasa dikunjungi adik-adik sekolah yang minat membaca – tetapi kekurangan bajet untuk membeli buku. Adik-adik ini gigih berkongsi RM 1 dan RM 5 untuk membeli senaskhah buku yang disepakati bersama. Mereka sanggup berkongsi wang asalkan dapat buku yang dihajati.
Alhamdulillah, ada seorang individu pemurah yang prihatin melihat kesungguhan adik-adik ini, menyumbang dana RM1,000 kepada kami. Dengan tajaan RM20 seorang, kami tawarkan biasiswa senaskhah buku pilihan mereka di reruai Jejak Tarbiah. 50 orang murid mendapat manfaat daripada sumbangan dana tersebut.
Pada PBAKL edisi 2019, Jejak Tarbiah mendapat sumbangan dana sebanyak RM10,000 dengan tajaan senaskhah buku buat 500 orang murid. Sepanjang 10 hari PBAKL, setiap hari kami menaja RM1, 000 untuk manfaat 50 orang murid.
PBAKL 2022 akan berlangsung pada 3 Jun akan datang. Kali ini DANA 1 MURID 1 BUKU mensasarkan untuk menaja 500 lagi pelajar yang akan hadir ke PBAKL. Kami juga merancang untuk memberikan dana ini kepada 1000 orang pelajar luar bandar yang tidak berkemampuan untuk hadir ke PBAKL – dengan membawa buku-buku ke sekolah mereka.
Usaha ini hanya akan berjaya dengan kerjasama dan sumbangan anda semua!
Bayangan senyuman comel yang terukir di bibir mereka kerana mampu memiliki buku yang dikehendaki tanpa perlu berkongsi duit yang sedikit dengan rakan-rakan. Indah bukan?
6, Jalan 1/9F, Seksyen 1,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor.
(PPM-004-10-27012022)