Dana PBAKL 2023

PBAKL 2023 akan berlangsung pada 26 Mei akan datang! Seperti biasa kami akan menjalankan projek DANA 1 MURID 1 BUKU dimana kami mensasarkan untuk menaja 500 lagi pelajar yang akan hadir ke PBAKL2023 ini! Kami juga merancang untuk memberikan dana ini kepada 1000 orang pelajar luar bandar yang tidak berkemampuan untuk hadir ke PBAKL – dengan membawa buku-buku ke sekolah mereka.

Projek Pustaka Ramadan

Sempena bulan Ramadan mubarak, Jejak Tarbiah bekerjasama dengan Nyala Society bagi menaiktaraf perpustakaan blok wanita, Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah.